Pages

Tuesday 22 December 2015

NUKILAN SEBAGAI GURU

Nukilan Sebagai Guru

Entri 2
Teks : pnrozitasaidin







Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perkenalan..


Berikut adalah serba sedikit mengenai diri saya. Nama saya ialah Rozita bt Saidin. Berasal dari Pahang. Telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata yang bernama Ainul Mardhiah. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami keadaan saya yang bertugas sebagai seorang guru dan juga sebagai pelajar PJJ Upsi..Kadang kala kekangan masa membataskan segala2nya. 


Bertugas sebagai seorang guru prasekolah sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak kecil. Bak kata pepatah " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Anak-anak kecil mudah dibentuk..sikap yang baik kita pamerkan..in shaa Allah...yang terhasilnya juga adalah yang baik. Pertama kalinya saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang guru prasekolah kepada pembaca sekalian.. Sungguh indah sebenarnya menjadi seorang guru prasekolah. Telatah dan kerenah kanak-kanak kadangkala benar2 mencuit hati. Untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya..guru perlu mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai mengikut tahap perkembangan murid bagi menghasilkan sesuatu pembelajaran yang bermakna dan yang menggembirakan murid.

No comments:

Post a Comment