Pages

Tuesday 22 December 2015

SALAM PERKENALAN

Tentang Penulis

Entri 1 
Teks : Rozita Saidin





Ketenangan dan kebahagiaan itu satu kesyukuran 
bila hati sentiasa mengingati ALLAH swt..


Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah syukur pada Allah..di atas kurniaanNya dan limpahan RahmatNya..maka terhasillah sebuah blog yang penuh dengan ilmu dan informasi yang berguna yang boleh dikongsi sesama kita. Coretan pertama saya adalah mengenai diri saya..Nama saya sejak lahir ialah Rozita binti Saidin..nama yang diberi oleh ibu dan ayah..sangat2 bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yang sangat menyayangi saya. Berasal dari Pahang.  Pada saat anda membaca blog ini, saya telah menetap di Subang, Selangor Darul Ehsan. (kalau ada yang berada di kawasan ini, rajin-rajinlah hubungi saya! ). Boleh kita bertukar2 pandangan.


Telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Suami tercinta bernama Kamarulisham bin Hamzah, manakala anak yang dikasihi bernama Ainul mardhiah yang berusia setahun lapan bulan. Ainul Mardhiah bermaksud mata keredhaan Allah. Saya sangat tertarik  dengan nama yang diberi oleh suami. Tambahan pula dengan cerita bidadari syurga yang bernama Ainul Mardhiah yang merupakan seorang bidadari syurga yang paling cantik diantara bidadari2 yang lain. Ainul Mardhiah sentiasa menjadi pembakar semangat dan rebutan para pejuang dalam menegakkan Islam. Cintanya kerana Allah swt dan bukan kerana nafsu semata - mata. Semoga lahirnya Ainul Mardhiah ke dunia ini memberi seribu kerahmatan buat kami sekeluarga.


Saya merupakan seorang guru prasekolah, Saya sangat meminati kanak-kanak dan setiap hari pasti saya bergelumang dengan kanak-kanak. Setiap hari persekolahan, tugas saya adalah mendidik kanak-kanak prasekolah dan melayan kerenah mereka. Habis waktu persekolahan pula, masa saya melayan dan bermain dgn anak saya. Alangkah indahnya hidup dikelilingi oleh kanak-kanak. Pengalaman pertama saya bergelar guru sebenarnya. Berdebar-debar ada, teruja pun ada. Bercampur baur.  Bukan mudah untuk menjadi guru yang cemerlang. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, masa yang panjang serta komitmen yang berterusan.Seronok tiap-tiap hari cuba membentuk akhlak kanak-kanak. Inginkan jadikan mereka insan yang soleh dan solehah dan bijak dalam ilmu akademik, ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Yang seronoknya, sebelum mula kelas digalakkan membaca Al-Fatihah, baca  ayat bismillahillazi.............., bertasbih, bertahmid, bertahlil & baca doa sebelum belajar. Seronok bila mulakan hari dengan pengisian rohani. Rasa tenang dan bersemangat untuk meneruskan pengajaran.



Oh ya, ingin saya kongsikan di sini bahawa saya juga sangat berminat dengan dunia perniagaan. Memandangkan taraf hidup yang semakin meninggi membuatkan saya mencari jalan untuk memulakan bisnes secara onlie secara sambilan. Sekiranya ada masa terluang..saya akan gunakan masa emas itu dengan perkara-perkara yang bermakna. Syukur Alhamdulillah kerana saya telah dipertemukan dengan insan-insan yang berhati mulia yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana menjadi seorang cemerlang dunia dan akhirat. Dengan menyertai ABDR, saya banyak mempelajari ilmu-ilmu bermanfaat yang berkaitan tentang pengurusan bisnes online melalui blog. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang jauh lebih berpengalaman telah menaikkan semangat saya untuk terus berjaya. Jutaan terima kasih kepada para pembimbing yang tidak jemu2 memberi kata-kata perangsang dan panduan-panduan yang amat berguna buat saya terutamanya kepada cikgu Anys Idayu Zakaria. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik cikgu. Terima kasih cikgu. :)




1 comment:

  1. Assalamualaikum semua yang mengunjungi blogspot saya..semoga segala2nya dipermudahkan Allah :)

    ReplyDelete